senda+tawa = sendawa | *mind massage*

-bidan&paman kampung ternama-

senda+tawa = sendawa

salam...this sem has been aaa very looonnnnggg lonnnnggg semester...sebab nye rasa panjang tu kerana bekerjaya sambil belajar(katanya)...bekerjaya pon kerjaya tanpa gaji, tak mengharap sijil, dan hanya kerana nak cuba+aku suka kot buat kerja edit mengedit berkaitan dengan arts ni walaupun tak berapa reti untuk my degree program Event of The Year..kerja ni pon membawa markah(omputih kata added value) kepada kerjaya akan datang lepas graduate..

hampeh sebenarnya bila dah tau kena buat macam2 and the burdens feels like 10 tonnes of paddy over my shoulder lah...sebenarnya ada kejadiannya best(bagi aku lah) y terjadi time the very2 long sem ni, paling ingat rasanya..sem ni pon belum habis lagi..

AMARAN:cerita ni akan meleret2..

terjadi masa beberapa minggu yang lalu, hari yang panas, tekak kering, kena pulak tolong aku buat kerja untuk beberapa jam bersama..walaupun bawak kereta pusing kampus dan air-conditioner dipasang dengan kesejukan maksimum, bahang haritu memang terasa, bayu bertiup pon kering2 gurun sahara..panasss..buat kerja waktu peak matahari tercacok atas kepala..panasss...

kalau mereka2 y kenal aku dan selalu "bersama"(hahaha) dengan aku mesti tau aku ni banyak sangat anginnya..burppp sana burppp sini...sampai diorang segan, especially lepas makan..nasib le geng..

berbalik kepada hari yang panas. alkisahnya orang y aku mintak tolong ni punya kawan, tolong sekali haritu...senang cakap junior-junior degree lah.. tengah hari minta tolong, aku pon tak makan lagi, but at the time aku minta tolong tu mereka dah beli air+makanan..pehh..nampak jelas air2 ditepi plastik terkondensasi dengan indahnya menitik2.. time tu jugak perut berGhazal untuk Rabiah, tak apa aku boleh bertahan untuk beberapa jam mungkin sehingga aku pergi teman member aku petang karang pergi shopping.

pergi la buat kerja, mungkin dah terlalu lama kot aku hold diorang dan at the time nak hantar balik tu diorang dah terlalu lapar dan haus sebab diorang yang buat kerja lebih sikit..lalu pulak jalan yang salah, stuck dalam jem tengah panas tengah hari dalam UiTM..hampehh...

tekak haus tengah hari panas stuck kat jem aku pun haus, diorang dengan segan silunya minta kebenaran minum dalam kereta..air sejuk tadi pun dah sjuk2 ktu je qaknya..minum tanpa mengira apa perasaan encik driver ni(aku le)..terliur aku..

tapi orang tak jemput, ajak2 ayam pun tak, takkan aku nak lebih2 pulak, kesian kat diorang sebab buat kerja lebih..kalau diorang offer pun aku takkan nak minum..ada sebabnya..jeng jeng jeng..minum2 punya minum, sambil rancak cakap2, tiba-tiba::
"BURRRPPPPPPPP....hahahahahha"
lebih kurang la kot macam tu situasi y berlaku...aku tak tau nak reaksi apa sebab dalam kereta ada 3 orang je termasuk aku...tengah drive pulak takkan nak ikot berdekah sekali, tak nak eksiden time jem sebab berdekah dalam kereta... I'm TORN really really TORN..senyum je la kot yang mampu..ada sebabnya jugak ni..


diorang tu PEREMPUAN dan paling lama kot dengan total stranger buat kerja..y sendawa tu memang tak pernah tegur dan nampak pon dekat fakulti, but she also my junior..dah la sendawa tu tak cover langsung..spontan??mungkin la kot tengah syok minum air, penat baru balik dari koko(kokurikulum) tak perasan.... bad impression mungkin bagi sesetengah orang tapi aku sukakannya. dan mungkin semua lelaki sama je kot rasa macam tu kalau terjadi kat diri,,, kalau nak tau lah, kami ni kaum lelaki akan cari modal2 macam ni, modal apa??pikir la sendiri..hahahahaha...

1st time jumpa dengan budak bertuah tu dengan selamba sendawa tak cover..ada jugak orang yang macam ni rupanya..bagus gak rupanya buat kerja tak bergaji nih..ada hikmah tersembunyi...lalallala....=D

ps: mampus kalau budak bertuah tu baca..hahaha..

0 orang sakit sendi, otot dan urat: