Daging Babi, Curi Tulang dan Curi Masa | *mind massage*

-bidan&paman kampung ternama-

Daging Babi, Curi Tulang dan Curi Masa

Salam...=D

lately been thinking and asking myself "am i good enough??"..entry kali ini sekadar untuk berkongsi bersama rakan2.
Saya ada membaca pasal satu article di dalam Majalah Solusi keluaran 20 "Belajar Dari Alam". tajuk article seperti tajuk entry kali ini dan entry ini adalah sedikit rumusan daripada article penuh.. Apa yang menarik tentang article ini adalah sedikit sebanyak menceritakan tentang perangai manusia kebanyakan yang berkerjaya makan gaji.

Katakanlah gaji sebulan RM1000,dan gaji dibayar mengikut jam/ masa berapa lama bekerja dalam syarikat.sekiranya kita mengambil masa "mengular" sekitar 10-15 minit setiap hari, untuk seminggu jika dikumpulakan sudah melebihi 1 jam untuk satu minggu dan lebih 4 jam untuk sebulan. Gaji yang diterima akhir bulan pula termasuk dengan masa yang diambil untuk "mengular". Secara logiknya, gaji yang diterima akan digunakan untuk membeli makanan untuk diri dan keluarga.
Perbuatan mencuri masa, curi tulang dan yang seumpamanya hakikatnya adalah haram. Duit yang kita perolehi daripada mencuri tulang walaupun sedikit tetapi boleh membeli barang2 keperluan seperti beras dan ikan. Disebut dan diingatkan kepada para pembaca bahawa:
Hati dibentuk oleh makanan, makanan yang dibeli menggunakan sumber rezeki yang haram akan menggelapkan hati.
Dalam article yang sama ada juga bercerita tentang makanan dan lebih spesifiknya sosej yang dibaluti oleh usus babi. Umat Islam sama sekali tersentak dengan isu ini sampai ada yang menyamak kuali, periuk dan pekakasan memasak.

Penulis mengaitkan isu sosej usus babi ini dengan isu makan gaji buta, dan menyatakan bahawa isu sosej tidak sebesar isu makan gaji buta kerana:
Termakan sosej  secara tidak sengaja, dan hukumnya tidak berdosa. Jatuh hukum berdosa pula kerana umat Islam kurang berhati2. dan dosa hanya dengan Allah semata-mata. proses untuk bertaubat perlu melalui 3syarat-syarat taubat.

Isu makan gaji buta pula, melibatkan dosa dengan manusia atau lebih spesific lagi majikan, stake holder syarikat tempat bekerja. Government worker lebih teruk kerana melibatkan dengan seluruh rakyat. Dosa dengan manusia perlu melalui 4 syarat-syarat taubat.
Secara logiknya, dosa dengan manusia selain menyesali perbuatan, perlulah kita meminta maaf, reda, atau mintak halal daripada orang yang kita berdosa..sekiranya melibatkan rakyat, haruslah meminta halal dengan seluruh rakyat.


untuk article penuh sila dapatkan majalah Solusi keluaran 20 di kedai2 buku berhampiran atau boleh dibeli secara online di Stormreaders

0 orang sakit sendi, otot dan urat: