salam...hari ke 5, masih awal nak bercakap pasal raya. dan ramai dah berangan-angan, pasang lagu raya, persoalannya:-
layakkah kita
memikirkan pasal raya
sedangkan Ramadhan adalah bulan untuk amal ibadat
layakkah kita
memikirkan pasal raya
sedangkan puasa masih belum tentu sempurna.
layakkah kita
berhari raya.
andai Ramadhan ini adalah
yang terakhir.
derived&edited from: tazkirah petang IKIM.FM, Solusi
BUMP setelah lama menyepi..=D
Gagahkah anda??
sebelum menjawab persoalan ini, mari sama-sama renungkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:-
"Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah"
menurut Imam Al-Ghazali, marah merupakan salah satu pintu masuk utama syaitan untuk menguasai hati manusia. Dorongan nafsu ketika marah akan menjurus kearah melakukan perkara-perkara seperti memaki hamun,mencederakan, menyakiti, dan lain-lain adalah marah yang dicela agama..
apabila seseorang itu sedang marah, hendaklah dengan segera menyebut istiazah dan segera berwudu'. Sekiranya sedang berdiri, hendaklah duduk, sekiranya sedang duduk hendaklah berbaring. jika masih gagal mengawal kemarahan, hendaklah beredar ketempat lain.
cara lain untuk mengawal marah, adalah melahirkan kesedaran tauhid dan menerima ketentuan Allah s.w.t. keatas apa yang telah berlaku.
wujudkah sikap Positif didalam diri anda::mari kita jalankan satu ujian...
lihat gelas diatas dan tanya pada diri anda tentang gelas tersebut...sudah??
Hasil kajian pakar-pakar psikologi mendapati bahawa manusia bertindak melakukan sesuatu berdasarkan emosi dan bukannya logik. Dalam erti kata yang lain, perasaan atau emosi itulah yang mendorong kita melakukan keputusan dan bertindak, bukan berdasarkan apa yang kita fikirkan(logik).
Nilai adalah pemacu pendorong dan punca kekuatan untuk manusia bertindak dalam kehidupan seharian. Dalam erti kata yang lain, nilai ini merupakan satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang.
Kisah tentang seorang ulama di Mesir iaitu Hawyah bin Syuraih gelarannya Abu Zur'ah, al-Tujibi, wafat pada 158H amat menarik bagi saya. Allah telah memberi kelebihan kepada beliau sebagai karamah. diceritakan oleh Al-Hafiz al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz bahawa Hawyah menerima 60 dinar setiap bulan pemberian dari kerajaan. setiap kali menerima wang tersebut, beliau menyedekahkan kesemuanya sebelum pulang kerumah. Beliau mendapati bahawa wang tersebut ada dibawah sejadah ketika beliau sampai di rumah.
Perbuatan Hawyah tadi telah cuba ditiru oleh kerabatnya setelah diketahui. akan tetapi wang tersebut gagal ditemui dibawah sejadah. Kerana terlalu kecewa, hal ini diceritakan kepada Hawyah. Hawyah menjelaskan kepada kerabatnya tentang rahsia perbezaan itu boleh terjadi
"Aku memberi wang itu kepada Allah(menderma) dengan yakin, sementara engkau memberikannya dengan cuba-cuba"
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun
cerita pasal penyamun, baru je akak kat opis kat tempat praktikal aku dulu cerita, adalah sorang mamat ni, dulu aku pernah jugak menulis pasal mamat ni.. dia buat lagi~ tapi kali ni lagi hebat. satu level ofis dia kasi licin..server y gedabak tu pon dia angkot..macam2 hardware ada kat tingkat lima tu, you name it. wayar2, kabel2 network, printer, telephone, switch, router, server, monitor, cpu.. agaknya CCTV pon dia angkot skali..tah2 record2 dahulu kala syarikat y dalam kotak dalam kertas pon dia jual agaknya. maklumlah, nak kan sangat duit, sampai kertas pon dia jual.
Allahumma salli wassalam 'ala saiyidina muhammad
alfatihi lima ughliqa wal khatim
lima sabaqa nasirilhaqqi bilhaqqi walhadi
ila sirotikal mustaqim
wa 'ala aalihi wasohbihi
haqqadrihi wa miqdarihil 'azhiim
"Wahai Allah!Rahmatilah dan berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad,pembuka bagi barang yang tertutup dan penamat bagi yang telah lalu,penolong bagi yang hak,penunjuk ke arah jalan yang lurus.Allah berselawat ke atasnya,ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar."
Fadhilat:Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap kali selepas solat 5 waktu,segala dosa2 kecilnya diampuni Allah dan tenteram jiwanya.
download kat sini
sekadar berkongsi....
Dialog Rasulullah dengan Iblis. DI RIWAYATKAN bahawa Allah swt telah menyuruh malaikat pergi berjumpa dengan Iblis dan memerintahkannya supaya berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk menceritakan kepada baginda segala rahsia yang disukainya dan juga yang dibencinya. Hikmah disebalik memerintahkan Iblis berbuat demikian kerana: Membesarkan kedudukan dan ketinggian Nabi Muhammad SAW. Untuk menjadi perisai dan peringatan kepada sekalian umat Nabi Muhammad tentang perangai Iblis dan amalan yang menjadi kesukaannya. Dan supaya Iblis memuliakan Nabi Muhammad SAW dan menerangkan segala rahsianya. Maka malaikat pun datang berjumpa Iblis dan menyampaikan perintah Allah swt: “Wahai Iblis! Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Besar memerintahkan kamu supaya pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan kamu membukakan segala rahsia yang ada pada diri kamu serta apa-apa yang ditanya oleh Rasulullah hendaklah kamu jawab dengan sebenarnya. Jika kamu berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya akan diputuskan segala sendi-sendi anggotamu dan segala uratmu dan juga pasti nanti engkau akan disiksa dengan azab yang amat pedih. Apabila Iblis mendengar kata-kata malaikat itu, dia sangat takut.
Salam...=D
lately been thinking and asking myself "am i good enough??"..entry kali ini sekadar untuk berkongsi bersama rakan2.
Saya ada membaca pasal satu article di dalam Majalah Solusi keluaran 20 "Belajar Dari Alam". tajuk article seperti tajuk entry kali ini dan entry ini adalah sedikit rumusan daripada article penuh.. Apa yang menarik tentang article ini adalah sedikit sebanyak menceritakan tentang perangai manusia kebanyakan yang berkerjaya makan gaji.