kejadian2 di musim exam | *mind massage*

-bidan&paman kampung ternama-

kejadian2 di musim exam

salam...sekarang ni musim2 peperiksaan bagi student sarjana muda IPTA seluruh negara...dan mungkin juga musim2 test berlambak untuk pelajar-pelajar program diploma. kalau tengok kiri dan kanan mesti ada yang stress, bermata panda, mata merah macam lepas titik air rokok, rambut serabai, dan hingus meleleh.

kalau ada pembaca yang masih di sekolah atau dah habis sekolah, ada beberapa kisah pelik dan sememangnya akward yang berlaku dikalangan pelajar IPT bila sampai musim peperiksaan :-


#1. solat fardhu sebelum exam/test + doa yang sangat bersungguh2
merujuk perkara diatas, betullah kan itu, Usaha, Doa dan Tawakkal. benda ni akan jadi pelik bila diamalkan time musim test/exam SAHAJA. itupun diamalkan beberapa minit sebelum exam,
exam petang pukul 2, so solat zuhur + doa.
kalau dah repeat paper yang sama atau study agak2 tak boleh masuk, lagi panjang lah doa nya. tu tak kira lagi rukun solatnya sebab rushing, study last minute sehingga ketitisan darah terakhir.

habis je jawab exam terus tinggal solat fardhu. ramai dah yang aku jumpa macam ni. adik2 yang sekolah tu jangan terkejut bila tengok ada orang macam ni kalau sambung belajar dekat IPTA.

#2. tiru meniru+bincang.
ni memang biasa lah dalam enviroment IPT, masa test dan quiz lebih2 lagi. kalau time exam, masuk dalam tandas, sebelum exam, study tulis notes kecik2 satu chapter 100 slides boleh penuh satu page A4...punya la halus tulisan. dalam tandas teran2 sambil baca notes.

apa perangai lah, lagi best kalau dah pakat dengan kawan2 dok sebelah menyebelah, meja antara meja jarak lebih kurang 1 meter, nampak la kot jawapan member kalau mata cerah.

jangan kata student biasa-biasa je yang buat, Dean List student pon meniru.

#3. check nama lecturer.
ni memang biasa, kalau sekolah nama lecturer cikgu tak letak, tapi time IPT memang kena tulis, bagi yang jarang2 kadang2 dan sedikit2 masuk kelas, xjumpa lecturer tu memang harapan la nak ingat nama lecturer. kelamkabut la tanya kawan atau lebih advance buka portal e-learning, ada tulis nama lecturer dengan bin/binti sekali. 

lecturer ni strict sikit kalau bab ejaan name mereka, dan aku rasa semua orang macam tu. time test dah kena potong markah sebab salah ejaan nama lecturer, time exam takkan nak kena jugakan..exam kot

#semua orang "berdarah manis"
tak sihat dan banyak dugaan...ni memang tak dinafikan, takadalah pelik sangat kan, dan tak boleh salahkan sesiapa, time exam lah tak sihat+banyak dugaan. darah manis bak kata orang tua2. macam orang bertunang pulak. time2 ni lah nak clash dengan kekasih kekasih, duit tak ada, tayar motor pancit , kalkulator hilang, dan macam2 lagi.

sebab tu bila jadi student IPT ni kena senantiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

ada lagi???itu sahaja yang dapat dipikirkan buat masa sekarang ni..kalau ada sila tambah ye rakan2

0 orang sakit sendi, otot dan urat: