*mind massage*: February 2011

-bidan&paman kampung ternama-

Gagahkah Anda??

BUMP setelah lama menyepi..=D

Gagahkah anda??

sebelum menjawab persoalan ini, mari sama-sama renungkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:-
"Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah"
menurut Imam Al-Ghazali, marah merupakan salah satu pintu masuk utama syaitan untuk menguasai hati manusia. Dorongan nafsu ketika marah akan menjurus kearah melakukan perkara-perkara seperti memaki hamun,mencederakan, menyakiti, dan lain-lain adalah marah yang dicela agama..

apabila seseorang itu sedang marah, hendaklah dengan segera menyebut istiazah dan segera berwudu'. Sekiranya sedang berdiri, hendaklah duduk, sekiranya sedang duduk hendaklah berbaring. jika masih gagal mengawal kemarahan, hendaklah beredar ketempat lain.

cara lain untuk mengawal marah, adalah melahirkan kesedaran tauhid dan menerima ketentuan Allah s.w.t. keatas apa yang telah berlaku.

..model free..

oh ya lama tak menaik tarikh blog ni..kasi bump sikit blog hari ni di pagi hening 11-2-2011..oleh kerana takda yang ingin diperkatakan untuk minggu 2 yang lalu..kali ini nak cerita sikit pasal trip ke Ulu Yam dan model2 tak berbayar..=P

mastermind untuk trip kali ini ialah Atie..dari awal sem lagi dah kata nak rancang pegi mandi sungai..macam2 dugaan mendatang..jadi oeh kerana tak ada program sepanjang minggu ni dan dan-dan (3kali dan) pulak hari Khamis dan hari ni Jumaat kelas UiTM S.Alam semua batal ditambah pulak berterusan sampai hari Sabtu dan Ahad (syok kan),, kitorang sekelas pun setujulah nak pergi mandi manda kat Ulu Yam..

ada udang disebalik pukat sebenarnya pasal trip ni..dah lama rancang..=P

Sending ur things to Sony Center

this is base on my experience...korang ada barang Sony??..kalau nak hantar barang untuk direpair/service kat Sony Center, pastikan korang hantar kat wakil jualan yang dimiliki oleh Sony, sebagai contoh dekat KLCC, The Curve atau Time Square(Selangor/KL)..kalau hantar dekat pusat jualan lain mungkin mengambil masa dan diorang sendiri suggest hantar kat MidValley..nak lagi cepat pergi terus kat MidValley NorthPoint..tak pun boleh cek sendiri kat website diorang kat mana pusat jualan ikut negeri.

sebelum menghantar barang korang, pastikan korang tahu sedikit sebanyak masalah atau apa yang korang nak diorang buat dgn barangan korang tu untuk ditulis didalam surat aduan..pastikan setiap perkara ditulis dan diperincikan, mcm kalau hantar camera dan korang tau body camera tu ada masalah, pastikan diorang tulis kat situ "body problems" etc..

tempoh service barang korang dalam masa 7 hari bekerja..but call hotline diorang 1300881233(KL/Selangor) dalam masa 3 hari selepas hantar barang untuk diservice untuk cek status..tak pun boleh cek status kat website tapi kene daftar dulu..daftar free jer..

sebelum hantar tu make sure ada warranty ke tidak barang korang tu..tade warranty diorang akan cas service + every parts y diorang ganti, but they will call you before they change any parts(out of warranty)...dan juga kalau diorang cek dan dapat tahu yang masalah adalah disebabkan kesilapan korang sendiri diorang akan cas walaupun warranty masih ada....service dan repair dalam warranty adalah FOC..=D

aku menaip ni sbb dah kena dgn diorang buat mechanical adjustment untuk kamera yang mengambil masa 3 minggu sebab aduan tidak lengkap..padahal siap sekejap je....tu pon lepas call diorang acap kali dan bagitahu mereka "lens y diprovidekan elok dan masalah adalah masalah badan camera tu sendiri"..+_+...confirm diorang test lens tu kaw-kaw..oh another thing, jgn harap la korang dapat cakap dgn technician diorang sbb takda direct line antara customer service dgn technician..