*mind massage*: 2012

-bidan&paman kampung ternama-

FRIED WASHING MACHINE

assalamualaikum...apa khabar? harap korang sihat2 sahaja. kalau sihat, alhmadulillah. kalau tak, pegi cari ubat, ikhtiar, dan katakan juga alhamdulillah.

dah lama tak menulis entri baru, al kisahh:

"mesin basuh rosak, menyusahkan betul"

yeah, mesin basuh rosak, dekat rumah sewa ni ada mesin basuh automatik, tak pasti la pulak kurun keberapa punya mesin tapi, mesin ni memang mesin lama. mungkin awal/penghujung 1990 kot..

kalau dulu orang pakai y manual je pusing timer 15 minit, dah habis basuh,angkat kain then spin kat sebelah kiri. satu kisah nya kalau pakai mesin auto ni, spin dengan tempat basuh adalah sama..

is this true

assalamualaikum,.

is this true?
if it's true, show me and guide me to the right path towards You...
if it's not, give me patience and strength to get through the future..

ya Rabb, ya Rahim.

+_+

20 sec of insane courage

salam..lama tak update..tak ada apa y nak diupdatekan sebenarnya..(post 2 minggu lepas rasanya)

kalau ad sesiapa yang pernah tengok cerita "We bought a Zoo", mesti tau 20 seconds of insane courage. dalam masa 20 saat, nampak seseorang y menarik, try pikat by asking a question.. and jangan expect apa yang akan jadi selepas tu.

warning: (broken English)
been done that actually but have no guts to say it, just text it nicely after thinking about 20 minutes on it. and the question is(drum rolls please):-

talking bout options:logic

salam..lama tak menaip..dilemma..banyak sebenarnya post2 tak siap dan tergendala..jadi draft..nak tulis balik memang tak la nak ingat..

dilemma:-
dalam banyak2 pilihan, pilih yang terbaik, nak dapat yang terbaik, haruslah berusaha jadi yang terbaik

kesimpulan:- 

jadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik. hmm..

hwaiting!!
ok bai.

Ambik Berkat KL..???

assalamualaikum...salam sejahtera, selamat hujung minggu. nak bercerita pasal filem sikit..trend filem malaysia.. kalau sorang buat filem hantu, semua nak buat filem hantu, satu nak buat cerita cintan cintun, ada y akan menyusul and so on.

title pun tak jauh beza..zombie lah, sumpahan lah, filem2 malaysia ni dah macam kekurangan idea, y terbaru akan datang, "KL Zombie" lakonan filem pertama Izara Aishah. adekah filem ini akan menjadi satu kegagalan seperti filem "Azura" 2012.?


sebagaimana yang kita tahu bahawa filem KL gangster berjaya mengutip lebih dari RM8 juta, dan kejayaan satu lagi filem "Zombie Kampung Pisang", apekah filem KL Zombie ini satu parody kepada KL Gangster dan Zombie Kampung Pisang? satu pembahuran dalam arkib filem Malaysia atau sekadar mengambil berkat nama KL itu sendiri?..
saya peminat filem Malaysia perlukan filem2 seperti dari arahan arwah Yasmin Ahmad, P. Ramlee, Kabir Bhatia yang membawa impak yang besar hingga sekarang.


ps:: mashup parody filem malaysia, agak2 macam mana la rupanya kan..

Long-Shutter Hunter #1

assalamualaikum..rasanya dah sangat2 lama tak post apa2 untuk blog ni...dan dah sangat lama nak buat project y diminati. kalau bercakap pasal long-shutter, dslr enthusiast harus, mesti, dan confirm tahu..

lokasi pertama aku, atas jejantas. kalau orang shah alam tengok harus tahu..





tu je kot..noob lagi..

kejadian2 di musim exam

salam...sekarang ni musim2 peperiksaan bagi student sarjana muda IPTA seluruh negara...dan mungkin juga musim2 test berlambak untuk pelajar-pelajar program diploma. kalau tengok kiri dan kanan mesti ada yang stress, bermata panda, mata merah macam lepas titik air rokok, rambut serabai, dan hingus meleleh.

kalau ada pembaca yang masih di sekolah atau dah habis sekolah, ada beberapa kisah pelik dan sememangnya akward yang berlaku dikalangan pelajar IPT bila sampai musim peperiksaan :-

..masalah bank ternama::PHISHING

salam..entry 1st untuk tahun 2012..tahun berhempas pulas..

selalunya tiap hari aku akan buka email, kalau on9, cek email, walaupun takada apa2 yang berlaku, cek email adalah satu kemestian. selalunya akan tengok bahagian inbox. then pergi kat bahagian Spam..

Spam untuk hari ini datangnya dari:


MAYBANK...apa kejadahnya maybank hantar emails, dah le tu, masuk pulak dalam SPAM..kalau yang memang ada account dari bank ini dan memang pakai maybank2u memang kelang kabut..aku???takada dan tak pernah ada account maybank.

berbekalkan ilmu secebis didada ala2 jerawat badan, ini lah yang dinamakan PHISHING..kalau dah sampai masuk dalam SPAM haruslah aku tengok isi dalam.