Gagahkah Anda??
BUMP setelah lama menyepi..=D
Gagahkah anda??
sebelum menjawab persoalan ini, mari sama-sama renungkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:-
"Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah"
menurut Imam Al-Ghazali, marah merupakan salah satu pintu masuk utama syaitan untuk menguasai hati manusia. Dorongan nafsu ketika marah akan menjurus kearah melakukan perkara-perkara seperti memaki hamun,mencederakan, menyakiti, dan lain-lain adalah marah yang dicela agama..
apabila seseorang itu sedang marah, hendaklah dengan segera menyebut istiazah dan segera berwudu'. Sekiranya sedang berdiri, hendaklah duduk, sekiranya sedang duduk hendaklah berbaring. jika masih gagal mengawal kemarahan, hendaklah beredar ketempat lain.
cara lain untuk mengawal marah, adalah melahirkan kesedaran tauhid dan menerima ketentuan Allah s.w.t. keatas apa yang telah berlaku.
terdapat kisah seorang sahabat yang sangat pemarah bernama Said. pada satu hari, ibu beliau menghadiahkan sebungkus paku untuk dipaku keatas tembok batu ketika merah.
pada hari pertama, Said telah memaku 29 paku keatas tembok, tetapi selepas beberapa minggu beliau dapat mengurangkan kemarahan beliau da jumlah paku juga dapat dikurangkan. didapati bahawa mengawal marah adalah lebih mudah dari memaku menembusi dinding tersebut.
pada satu hari, Said tidak marah langsung dan memberi tahu ibunya tentang dengan gembiranya. Ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruhnya mencabut kembali paku2 tersebut. setelah berjaya mencabut paku2 tersebut, beliau memberi tahu perkara tersebut kepada ibunya.
Ibunya memimpin Said ke tembok tersebut dan menyatakan anaknya telah melakukan dengan baik, akan tetapi terdapat lubang-lubang pada tembok tersebut. Tembok tersebut tidak lagi sama seperti sebelum ini. Apabila melakukan sesuatu ketika marah, kesan parut dan luka akan ditinggalkan seperti tembok tersebut. Ibunya juga mengingatkan, walau berapa kali pun kita meminta maaf dan menyesal atas perbuatan sendiri, tetapi lukanya masih tetap ada dihati yang lebih pedih dari luka luaran/fizikal yang akan pulih selepas beberapa ketika.
oleh itu kita hendaklah berpegang pada nasihat Rasulullah S.A.W. : - "jangan marah"
-SOLUSI-
=D
0 orang sakit sendi, otot dan urat:
Post a Comment