nampak mudahkan | *mind massage*

-bidan&paman kampung ternama-

nampak mudahkan

nampak mudahkan, buat robot lego macam dalam video ni:-


nampak simple kan kan kan bagi manusia..tapi.....


proses "mengajar" robot ni buat macam tu mungkin memerlukan kepahaman yang tinggi dalam::

ni lah dalam sistem saraf manusia(Neural Network)..untuk membuat robot seperti diatas dapat menyelesaikan sudoku atau benda2 lain seperti elak halangan, tentukan warna dan lain lagi, manusia memerlukan imitasi saraf biologi dalam bentuk::
jaringan neural buatan(Artificial Neural Network)

dan juga formula pengiraan(bukan susu formula) yang memeningkan kepala hotak anda yang tak minat Maths seperti ini::


dan beberapa formula yang panjang berjela..

jadi boleh tak anda bayangkan bagaimana manusia boleh menyelesaikan masalah Sudoku atau masalah lain, mengenal, mengesan input secara parallel dan bertindak(output) tak sampai sesaat sedangkan robot ini melakukannya dalam beberapa minit dan mungkin beberapa jam untuk hanya mengesan, mengenalpasti huruf, dan mengeluarkan output satu persatu..

cuba bandingkan ciptaan Allah(jaringan saraf biologi/kepintaran asli) dengan ciptaan imitasi manusia(saraf buatan/kepintaran buatan)..betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T yang mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa..menyelesaikan masalah, berkeluarga, dan bersosial.

anda pasti pernah melihat wayang barat seperti i-Robot dan Eagle Eye, dimana manusia cuba dihancurkan oleh ciptaan sendiri yang berevolusi dan membuat keputusan sendiri(fully intelligence) dari pembelajaran melalui manusia dan tidak silap tentang keputusannya. Kepintaran sepenuhnya(fully intelligence) untuk sesuatu yang dicipta oleh manusia adalah sesuatu yang tidak mustahil tetapi perjalanan ke arah tersebut masih jauh..manusia masih perlu banyak belajar

sedangkan kebanyakan manusia yang sememangnya lahir dalam bentuk yang sempurna dan mempunyai kepintaran sepenuhnya masih melakukan kesilapan yang sama dan tidak belajar dari kesilapan.

mari fikir bersama: adakah kita sepenuhnya pintar atau sebaliknya??..

renung-renungkan..

ps:--mode pening baca output jaringan neural buatan

3 orang sakit sendi, otot dan urat:

diyana said...

hebat!! btw..da follow blog awk balik..thanks!! ^^