altakkesah: pemegang pisau dan petapa tilam
situasi tegang didalam rumah pertapaan...si pemegang pisau menendang pintu rumah, mundar mandir kehulu kehilir, dengan nada tidak puas hati terhadap si petapa tilam yang sedang duduk2 bertapa dan terpinga-pinga diatas tilam..
"aku dah banyak bersabar dengan kau wahai petapa tilam"
"apa y kau tidak puas hati terhadapku petapa tilam, luahkan, kita settle malam ni jugak"
si petapa tilam terpinga-pinga, keadaan menjadi semakin serius dengan pemegang pisau mengacukan belantan ke arah kepala petapa:
"kau jangan sampai aku pecahkan kepala kau malam ni, atau kau mahu pedati lembu mu ku pecahkan"
petapa tilam diam membisu, tanpa mengeluarkan kata-kata, memandang tepat kemata pemegang pisau, masih tidak berkata apa-apa, mungkin sambil memberi kosentrasi kepada pertapaan yang masih belum sempurna. si pemegang pisau naik semakin naik darah:
"kau bangun sekarang wahai petapa tilam" dengan nada yang serius bengang.
respon dari petapa tilam hanyalah pandangan yang sangat tajam, pemegang pisau makin marah dengan tindakan itu keluar dengan belantan yang diacukan sebelum ini kepada petapa, dan menghentak belantan itu ke pintu, dan keluar dari bilik. selepas beberapa ketika, pemegang pisau kembali dengan sebilah parang kontot, diacukan sekali lagi ke petapa gatal tilam.
"atau kau nak ni"
"aku tak kisah untuk menumpakan daraaaaaaaaaa.....aaaaaaaaahh kau, janji hatiku puas wahai petapa"
sekali lagi respon yang diberikan petapa hanyalah tenungan mata, pemegang pisau hilang sabar lalu melempar kan parang kontot kerah bertentangan. disepaknya parang kontot itu dan dihalaunya petapa dari kawasan pertapaan:
"wahai petapa tilam, nyah(auuuuwww) kau dari kawasan pertapaan ini, datang bertapa membawa sial"
"ambil semula sewa tapak pertapaan mu ini, bawalah keluar pekakas2 pertapaan mu..nyah kau, nyaaaaaaaaaah..."dengan hati yang tenang jiwa yang tenteram akal yang mantopppp, petapa mengemaskan pekakas pertapaan dan berlalu pergi dengan pedati lembu..sekian..
1 orang sakit sendi, otot dan urat:
nama watak lawak jee....=p
Post a Comment