*mind massage*: July 2011

-bidan&paman kampung ternama-

Kalah Tapi Menang

salam...entri lambat update...kalah tapi menang...hampa tapi tetap bangga...tak gitu...walaupun kalah bola, tapi kita tetap menang dalam perpaduan, ramai2 kumpul, dalam satu tempat, MENYANYIKAN lagu negaraku, merupakan satu kebanggaan tau, tak gitu?...aku tengok kat TV pon goose bump..punya lah bangga

tak rasa macam tu ke? dalam setiap sport ada kalah menang, biasa lah, yang penting smangat perpaduan tu masih ada disematkan dalam diri....menang tu memang penting, tapi untuk mencapai kemenangan tu sendiri kita perlu menjadi seorang pemenang..

dalam cerita orang barat lebih-lebih lagi, yang berkaitan dengan sports, macam cerita Remember The Titans, warna kulit semua tolak tepi walaupun mula-mula bergaduh, bertumbuk, akhir sekali semua bersatu tolak tepi semua perkara -ve dan akhirnya berjaya..

ada jugak dengarkan sebabkan sports, kadar jenayah menurun, ekonomi meningkat, dan macam2 perkara positif berlaku...mari pikir-pikirkan dan majulah untuk sukan negara.

Wordless Wednesday

tengok roti, sakit hati

salam....bangon pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi, pergi dapor, tengok roti, sakit hati, dikokak binatang bergigi....sabor je lah...well semenjak 2 menjak tiga menjak ni,slalu bangon pagi la katekan....murah rezeki, udara segara...

baru je nak sarapan dengan roti gardenia yang dibeli semalam, salut dengan susu krimer, belum sempat dirasmikan yang dipertuan muda, dah dikokaknya dek tikus(takde ahdik ke adik ke akak ke whatsoever, tak kuasa jah), saborje lah..habis separuh buku roti dikokaknya, dah dikokak tu pulak bukan sekeping2, sekali 5 semua dikokaknye, pastu tinggal..dang..

haritu habis plastik kerepek pisang dikokaknye, kerepek pisang berempah...woh..ini well educated RATs. makan nak yang ada rempah je. sabor je lah. mmg sedap kerepek tu, lagi2 potongan nya halus2 macam kerepek ubi y halus2 tu...

rumah teman ni banyok tikus, kate dok kat sawoh, kompem2 le banyak tikus, kalau tikus tu well educated macam rattatoie(betol ke teman ngeje tu) tu bagos juge, boleh ngajor teman ni masak, bleh juge teman ni masok untuk mak mertue...oppsss..saborje le

ps:apekenelah kat teman 2-3 minggu ni

BEN ASHAARI , AWAK la pulak !


apa pulak idea BA kali ni yer..nak tau, kelik2...

Segment: Sumpah aku pernah......

salam...hello readers..apa khabar, khabar baik...semua orang ada "pernah" moment...harini nak buat segment "Sumpah aku pernah.....".

caranya nak join senang aje...
  1. pakai title ni, "Sumpah aku pernah...."
  2. cerita la apa y "pernah" tu, tak kisah la menarik ke, idok ke, klako ke, seram ke, auta ke..letak la unsur2 SUSPENsion sebelum meREVEALkan apa y PERNAH tu... =D
  3. tag kawan blogger ikot suka hati...kasi tau kawan kene tag....
  4. share share link korang kat entri ni...kalau rajin.
mari mulakan,
Sumpah aku pernah.......

Senggama Minda : Diari Single Dad of Twin

salam..ni entri tergendala selama beberapa hari/minggu/bulan untuk berangankan idea yang lebih dramatik dan lebih sedih dari cerita tersedih korang penah baca, tonton, dengar dan gosipkan...hahaha..sediakan tisu dan bahu jika perlu...

10 April:
hari ni hari bersejarah bagi ku, pertukaran status kepada daddy adalah satu pencapaian yang membanggakan, rezeki ku bertambah berganda ganda hari ni, bulan ini dan tahun ini, alhamdulillah..menitis air mata kesyukuran, gembira..semakin berat tanggungjawab ku yang harus digalas pada hari akan mendatang....twin baby y sihat selamat dilahirkan secara cesarean...soalan lazim seorang suami anxious ditanyakan kepada bidan bertugas:
"cik bidan, macam mana keadaan isteri saya?? boleh saya tengok isteri saya"
mommy masih dalam emergency delivery room, dengan nada serba salah, bidan mengesahkan bahawa mommy mengalami komplikasi selepas pembedahan, tersentak dengan berita tersebut, menitis air mata seorang lelaki, tetapi kali ini tangisan yang berbeza sama skali. Sebatian cecair masin dibentuk dari perasaan resah gelisah, sebak dan sedih mula jatuh membasahi pipi...

Blog di perlukan !! Segera !!

segmen Ben Ashaari..kelik2

World Record longest distance jetskying

salam....siapa pernah naik jetski..tunggang jetski dan bonceng jetski...best tau...tapi ni lagi best..taktau la ada blog lain dah pernah siarkan benda ni atau tak...serius tau..serius world record..mungkin korang takkan percaya benda ni tapi ini serius..serius LAWAK....tak tahan gelak beb....terkeke2 gelak sampai tulis entri ni pon masih tergelak...

siapa pernah try type certain words kat google translate dan ditranslate makna lain..lawak habis...ni pasal google gak tapi google maps...lagi epic..ni terbaca kat status facebook TarmiziShukri

Tips: berdating sambil bershopping

salam...aku rasa dah lama tak shopping sejak kegawatan ekonomi..rasa macam tak pernah  gak bagi tips kat pembaca, macam tak pernah je, macam pernah rasa gak..tak penting, yang penting ini tips berdating sambil bershopping untuk lelaki, lelaki tau, sebabnya lelaki suka pergi shopping berlenggang..perempuan nak buat pon boleh:-
bawak bag pack: dalam dunia serba moden, bag pack adalah satu keperluan..isi dalam beg, barang2 yang dibeli..tak kisah la pampers kau ke, minyak wangi ke, baju ke, makanan ke..apa2 je lah. jadi beg adalah perlu..ingat ni : orang pompuan punya beg adalah orang pompuan punya beg, orang lelaki punya beg adalah beg bersama...simpan juga kunci dan purse dalam bag pack, kalau diseluk saku ditempat awam tak ke naya, date kat balai je la jawabnya..kenapa bag pack, sebab kalau pakai sling bag atau hand bag kemungkinan kena ragut tu ada...kegunaan beg ni banyak sebenarnya...nota dan pen juga perlu disediakan sekali dalam bag, take notes on sale or whatsoever bagi orang y kuat shopping mcm aku ni..mana tau berguna..

Karya Senggama Minda..

salam...senggama...minda...senggama minda..best kalau buat segmen macam ni kan..tunjukkan anda kreatif berimaginasi dalam penulisan...buat novel..cerpen..sajak..puisi...cerita lawak....adaptasi dari kisah benar ataupon mimpi...or menerusi arts melukis, photografi atau movie

kalau senggama tu kan macam lain je bunyinya....tak tau maksud senggama? ala y tuuuutttutuuuutt tu...tak tau gak, processor masih lagi pakai Pentium 3?, otak lambat dan masih suci?, innocent omputih kata, apa kata cari sendiri...

macam match sangat perkataan "senggama minda" dengan title blog ni "Mind Massage"..jadi nanti nantikan lah karya senggama minda*lah sangat kat blog ni okai

cerewet cerewet cerewet...

salam....cerewet...serious cerewet...macam mana nak menangani perangai cerewet ni.. especially bab makan....kalau orang perempuan jumpa laki cerewet kebanyakan mereka akan cakap:
"campak kang dalam akuaria KLCC y ada ikan jos bagi makan baru tau"
kenapa ikan jos, kenapa tak killer whale aka orca y awesome dan comel tu...bangga sikit..hello kat Malaysia ni ada killer whale ke??choiiii...seriously den cerewet, sekarang ni tengok semua lauk dengan muka tak bermaya, makan pon sikit2 je, nak buat macam mana, makan untuk hidup kan. telan je la...dah 2 hari tak ada selera makan...

mak penah cakap, siapa la yang boleh tahan dengan orang cerewet macam aku ni...memilih sangat makan...sotong kalau kepalanya tak makan, inner white thingy tu pon tak makan...kalau tak gunting sotong tu jadi macam onion ring, kurang selera nak makan..sanggup masak telur dadar..kalau ikan, langsung, HARAM...

dah geram sangat ayat yang akan dikeluarkan ialah: "makan masak sendiri"...oh dem, nehi nehi....

WW - zaman debab


comel2..

Saya Bangga Jadi budak IT

salam....tengok tajuk..dah tau..dan mulai pukul 5 petang hari ni 1-7-2011, keputusan kemasukan/penerapan Ijazah Sarjana Muda dah boleh disemak..bagi yang ditawarkan Program idaman, tahniah, bagi yang tidak dan dicampak ke fakulti Teknologi maklumat barangkali, terutamanya IT/ komputer sains, tahniah juga dan jangan bersedih, ada sebabnya..kenapa aku suka jadi budak IT ada beberapa sebab..mari2 baca:::- =D
  1. zaman sekarang ni, semua pakai IT, teknologi maklumat,  tak percaya?? cuba cari kat dunia ni mana yang tak ada pakai IT..orang asli pon ada laptop tau..saya bangga jadi budak IT.
  2. if you think about money, kerja dalam bidang IT merupakan kerja yang mendapat gaji lumayan... demand sangat tinggi, bila demand sangat tinggi, kerja pon berlambak2 dan kaching3 bagi yang ada keparatan kepakaran dan kemahiran IT. lagi2 kalau korang ada certificates dari CISCO, Microsoft, ADOBE, ataupon Oracle, boleh demand gaji tau~ using only diploma+cert can get around RM5000 kalau kepakaran anda digunakan, dan ada dengarkan cerita pasal kerajaan, buat FB page, buat email, buat page 1Malaysia y berjuta2 hengget, keje orang IT jugak tu... 
  3. teknologi maklumat selalu berubah dan kerap berubah. kadar perubahannya adalah sangat laju... seriously, info tech are the new arms race(betol ke ayat ni), berlumba2 orang nak dapatkan teknologi baru. tengok je sekeliling, kawan sebelah pakai hand phone baru, laptop baru. paling laju adalah hardware..esk keluar grafik card baru, next 3 month akan ada pula grafik card baru..there always something new, and newer....
  4. everybody talk about it, askar, engineer, dentist, artist, even pak imam....adik kecik2 pon dah demand nak handphone...
  5. korang pon boleh juga dipanggil sebagai engineer atau doktor atau artis ataupun entrepreneur kalau itu yang korang nak..DOKTOR pc, software ENGINEER, digital ARTIST, technoPRENEUR..paling menakutkan cyber terrorism
tu la sedikit sebanyak yang boleh dishare...kalau ada yang ngutuk korang jadi budak IT(aku pernah kena), gelakkan balik sudah, mereka adalah orang2 yang duduk dibawah kereta sorong y ditelangkupkan...alih 2 cari kita balik untuk kepentingan diri sendiri...