Senggama Minda : Diari Single Dad of Twin | *mind massage*

-bidan&paman kampung ternama-

Senggama Minda : Diari Single Dad of Twin

salam..ni entri tergendala selama beberapa hari/minggu/bulan untuk berangankan idea yang lebih dramatik dan lebih sedih dari cerita tersedih korang penah baca, tonton, dengar dan gosipkan...hahaha..sediakan tisu dan bahu jika perlu...

10 April:
hari ni hari bersejarah bagi ku, pertukaran status kepada daddy adalah satu pencapaian yang membanggakan, rezeki ku bertambah berganda ganda hari ni, bulan ini dan tahun ini, alhamdulillah..menitis air mata kesyukuran, gembira..semakin berat tanggungjawab ku yang harus digalas pada hari akan mendatang....twin baby y sihat selamat dilahirkan secara cesarean...soalan lazim seorang suami anxious ditanyakan kepada bidan bertugas:
"cik bidan, macam mana keadaan isteri saya?? boleh saya tengok isteri saya"
mommy masih dalam emergency delivery room, dengan nada serba salah, bidan mengesahkan bahawa mommy mengalami komplikasi selepas pembedahan, tersentak dengan berita tersebut, menitis air mata seorang lelaki, tetapi kali ini tangisan yang berbeza sama skali. Sebatian cecair masin dibentuk dari perasaan resah gelisah, sebak dan sedih mula jatuh membasahi pipi...


13 April:
keadaan mommy amat lemah, walaupun telah ditempatkan di wad biasa. Sumber tenaga mommy dibekalkan oleh  "infusion bag" y tergantung disisi katil. Sekali sekala mommy menyatakan hasrat untuk melihat twin y berada di NICU. Doktor bertugas menyuruh mommy banyak berehat. Mommy bertegas untuk melihat twin, dengan bantuan kerusi roda, dan nurse, hasrat mommy ditunaikan.

Walau dengan keadaan badan yang lemah, mommy masih dapat memberi belaian kepada mereka. Terukir senyuman pucatnya melihat anak-anak memberi respon kepada mommy.

30 minit masa diluangkan mommy di NICU tetap terukir dalam ingatan daddy. Jam menunjukkan pukul 4.45 petang, mommy meniggalkan kami 3 beranak untuk selama-lamanya. semoga mommy ditempatkan bersama para syuhada'. al-fatihah.


24 April:
Pesanan terakhir mommy masih terngiang-ngiang ditelinga, bagai baru sebentar tadi pesanan itu disampaikan:
“abang please jaga dan didik anak kita baik-baik, ajar mereka mengaji, solat, nnti mereka jadi anak y soleh dan solehah.”
“insyaallah abang lakukan sebaik mungkin”

Gengaman tangan mommy makin semakin lemah dan mommy menghembuskan nafas terakhir didalam wad selepas melihat twin di NICU.

Keadaan twin yang ditempatkan di pusat rawatan intensif neoternal semakin bagus. Perkembangan yang baik. Tiada komplikasi yang tidak dapat ditangani dengan baik oleh petugas kesihat di situ. Semangat mereka kuat untuk meneruskan kehidupan. 

Panggilan telefon dari pejabat diterima dan berita gembira bercampur hiba disampaikan, aku terpaksa pergi ke Paris pada saat-saat akhir, atas daras kerja.

25 April:
Penerbangan ke Paris atas dasar lawatan sambil kerja akan bertolak pada jam 6.00 petang waktu tempatan. Hanya abang sulong ku yang menemani ke lapangan terbang bersama pesanan barang-barang cenderamat dari tanah Nepoleon.

Perasaan sedih dan hiba menyelubungi diri kerana terpaksa meninggalkan kembar yang masih berada dalam jagaan NICU.

Ayah, emak, abi dan ummi akan mengambil alih tugas bergilir-gilir selama 2 minggu....



Atas “alasan” diari ini tertinggal di tempat duduk dalam kapal terbang , cerita ni tergantung dan kesudahan diari ni hanya “Daddy” yang tahu...hahahahaha...jangan marah arr...*padahal dah kurang idea*...
ps: continuent d'être....attendez s'il vous plait..ada idea nak sambung sendiri sila2 lah...=P

1 orang sakit sendi, otot dan urat:

Edy Ramanov said...

salam. sudah follow kat sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq