Makhluk Prasejarah
..setibanya penyewa di rumah sewa tercinta, tempat penginapan untuk satu sem yang akan menjelang..beliau meletakkan beg galas, dan beg kitar semula FOS. laptop cabuk dikeluarkan dan meja belajar dibersihkan dari debu2 gatal...penyewa menegur rakan sewa lain yang sibuk dengan kerja Freelancing sambil speaker melayan irama techno Showtek. Charger laptop dipasang dan windows 7 diboot. tunggu...tunggu....tunggu...dalam masa menunggu itu, beliau terlihat makhluk prasejarah yang berjaya survive berjuta tahun lamanya~berlegar-legar di bilik komputer..adekah makhluk ini datang untuk membalas dendam atas kaum kerabat yang mati terkorban sepanjang musim lepas...musim yang lalu, aerosol kelas IV untuk nyamuk 270ml telah digunakan..
makhluk prasejarah ,berlegar legar bilik kebilik.. frust dengan keadaan tersebut, aerosol kelas IV yang kurang berisi dicapai..ditekan dan ditujukan keatas makhluk tersebut. 2 kali semburan berjaya dilepaskan.cecair semburan tidak lagi dapat dilepaskan untuk kali ketiga untuk makhluk yang hina disisi penyewa. masih segar dalam ingatan, pertemuan pertama makhluk ini dengan penyewa, rakan penyewa lain menjerit dan melompat..refleks yang serba-serbi kelakar dilakukan..bahaya sungguh agaknya makhluk ini..2 kali semburan tidak memadai untuk menamatkan riwayat makhluk ini dengan cepat, tapi apakan daya..pengalaman mengajar bahawa 10 kali semburan pon tidak berjaya untuk menamatkan penderitaan makhluk dengan pantas..tunggu dan tunggu..makhluk ini masih lagi berlegar2 diruang bilik komputer tapi tidak selincah sebelom ini kekiri dan kekanan..aerosol nyamuk sedang bertindak keatas jasad makhluk ini..berlegar dan berlegar dan akhirnya makhluk ini tidak lagi kelihatan.mugkin sedang bersembunyi ditempat gelap,
bunyi kertas yang agak membimbangkan rakan penyewa kedengaran. senyum sinis terukir pada wajah penyewa. penderitaan makhluk prasejarah hampir berakhir..
0 orang sakit sendi, otot dan urat:
Post a Comment