Yakin atau Cuba-Cuba??
Kisah tentang seorang ulama di Mesir iaitu Hawyah bin Syuraih gelarannya Abu Zur'ah, al-Tujibi, wafat pada 158H amat menarik bagi saya. Allah telah memberi kelebihan kepada beliau sebagai karamah. diceritakan oleh Al-Hafiz al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz bahawa Hawyah menerima 60 dinar setiap bulan pemberian dari kerajaan. setiap kali menerima wang tersebut, beliau menyedekahkan kesemuanya sebelum pulang kerumah. Beliau mendapati bahawa wang tersebut ada dibawah sejadah ketika beliau sampai di rumah.
Perbuatan Hawyah tadi telah cuba ditiru oleh kerabatnya setelah diketahui. akan tetapi wang tersebut gagal ditemui dibawah sejadah. Kerana terlalu kecewa, hal ini diceritakan kepada Hawyah. Hawyah menjelaskan kepada kerabatnya tentang rahsia perbezaan itu boleh terjadi
"Aku memberi wang itu kepada Allah(menderma) dengan yakin, sementara engkau memberikannya dengan cuba-cuba"
Keyakinan dan cuba-cuba dua perkara yang amat berbeza. pekerjaan yang dilakukan dengan keyakinan akan merasakan ketenteraman hati kerana sepnuhnya mempercayai janji janji ilahi. ini akan mendorong seseorang itu bekerja dengan lebih tekun dan rajin untuk sesuap nasi. dalam masa yang sama, Syaitan selalu menakut-nakutkan manusia dengan kefakiran dan menanam keraguan dalam hati Muslim.
kata2 yang penuh keyakinan seperti "saya akan melakukan ini" dengan kata2 yang penuh keraguan seperti "saya akan cuba melakukannya" memberi input yang berbeza kepada otak dan output yang berbeza dari tubuh badan. Seorang muslim sejati hidup dalam keyakinan oleh kerana Islam sangat mementingkan keyakinan dan meletakkan keyakinan sebagai asas kehidupan setiap Muslim di atas muka bumi.
Dalam kalimah syahadah sendiri perkataan "bersaksi" adalah simbol keyakinan yang sangat kuat seperti melihat sendiri Allah dan Rasul-Nya, dan menyatakan keimanan kepada-Nya. Cuba perkataan "bersaksi" ini ditukarkan kepada "aku cuba bersaksi" sudah pasti iman itu tidak sah dan goyah. Kita dituntut supaya yakin dan bukan hanya sekadar untuk cuba-cuba.
ambil contoh seperti dalam proses akad nikah, apabila wali mengucapkan ijab "aku nikahkan dikau ..... dengan puteriku ... dengan mas kahwinnya tunai", jawapan kita perlulah tegas dan yakin "saya terima nikahnya". Hal ini amat berbeza jika kita berkata "Saya akan cuba.....".
Percayalah bahawa keyakinan boleh dipelajari dan dilatih seperti kata-kata tokoh ulama di Syam, Khalid bin Ma'dan:
"Pelajarilah keyakinan sehingga engkau menguasainya sepertimana engkau mempelajari al-Quran. Sesungguhnya aku sendiri sedang mempelajarinya"
keyakinan yang dilatih akan sedikit demi-sedikit melekat didalam hati dan dapat dirasai.
"Tiga tanda keyakinan ialah melihat Allah pada segala sesuatu, merujuk kepada-Nya pada segala sesuatu dan meminta bantuan daripada-Nya dalam segala sesuatu"
Sumber asal : Solusi
3 orang sakit sendi, otot dan urat:
huwhauwhuawaaa. benda ni dianggap macam remeh je kan. tapi sebenarnya................. hurm
....ramai y anggap macam remeh jer lebih2 lagi y pasal rezeki tu..
Buat kerana Allah... InsyaAllah..
Post a Comment