Nilai Anda
Hasil kajian pakar-pakar psikologi mendapati bahawa manusia bertindak melakukan sesuatu berdasarkan emosi dan bukannya logik. Dalam erti kata yang lain, perasaan atau emosi itulah yang mendorong kita melakukan keputusan dan bertindak, bukan berdasarkan apa yang kita fikirkan(logik).
Nilai adalah pemacu pendorong dan punca kekuatan untuk manusia bertindak dalam kehidupan seharian. Dalam erti kata yang lain, nilai ini merupakan satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang.
Sebagai contoh, apakah nilai keseronokan dan kepuasan merokok itu lebih bernilai dari kesihatan diri sendiri. Oleh sebab itu nilai menentukan apa yang penting dan paling berharga dalam kehidupan dan pegangan nilai haruslah jelas. Konflik nilai akan berlaku dalam diri seseorang itu dengan beberapa faktor, keinginan yang tidak membara, dan juga tidak mahu membuat pengorbanan untuk mencapai impian.
Kegagalan untuk hidup dalam nilai sebenar adalah satu malapetaka dalam jiwa manusia. Jiwa yang kosong dengan nilai-nilai murni ini akan diisi dengan budaya Hedonisme(arak ,seks bebas, dadah dll) yang dianggap sebagai "pain killer".
Satu persoalan untuk saya dan anda para pembaca blog ini. Apakah nilai kehidupan diri kita setiap hari?
0 orang sakit sendi, otot dan urat:
Post a Comment