*mind massage*: December 2010

-bidan&paman kampung ternama-

500 Blog

oho..haritu monsieur Ben ni ad buat pasal 200 blog list..then dia buat contest treasure hunt, cari dalam list blog tu..nak join but apakan daya internet slow(memikirkan widget2 y akan diload)..

DIA BUAT LAGI, up sikit, 500 pulak...apa pulak cabaran dalam 500 list tu kali ini..tak sabor2 rasenye nak tunggu..=D


nama ku Syukri, orang panggil Syukri, ada jugak yang pandai2 pendekkan Syuk, layankan...aha..duk kampong, Sekinchan mari(mesti korang tengiang-ngiang lagu Les Sekinchan kan), seorang student, berhati lembut jugak tapi bukan bengkok nyah...
selalunya ak jarang ceritakan/bercakap dan kongsi sesuatu apa yang berlaku kat aku atau sekeliling jadi blogging ni salah satu platform untuk lepaskan apa yang membelenggu diri dan jiwa raga moto ni..salah satu sebab juga adalah kerana jeles dengan orang buat duit hanya berblog. aku pon nak jugak.. =D

jadi kita tunggu la apa yang monsieur Ben ni nak buat dengan 500 blog ni..=D

Yakin atau Cuba-Cuba??

Kisah tentang seorang ulama di Mesir iaitu Hawyah bin Syuraih gelarannya Abu Zur'ah, al-Tujibi, wafat pada 158H amat menarik bagi saya. Allah telah memberi kelebihan kepada beliau sebagai karamah. diceritakan oleh Al-Hafiz al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz bahawa Hawyah menerima 60 dinar setiap bulan pemberian dari kerajaan. setiap kali menerima wang tersebut, beliau menyedekahkan kesemuanya sebelum pulang kerumah. Beliau mendapati bahawa wang tersebut ada dibawah sejadah ketika beliau sampai di rumah.

Perbuatan Hawyah tadi telah cuba ditiru oleh kerabatnya setelah diketahui. akan tetapi wang tersebut gagal ditemui dibawah sejadah. Kerana terlalu kecewa, hal ini diceritakan kepada Hawyah. Hawyah menjelaskan kepada kerabatnya tentang rahsia perbezaan itu boleh terjadi
"Aku memberi wang itu kepada Allah(menderma) dengan yakin, sementara engkau memberikannya dengan cuba-cuba"

Entri sakit hati

hyte hayakkkk watchaaaa....ada jugak yang berkarate kungfu malam2 buta ni kan..kalau suami isteri takpa jugakkan..awatnya ni awal2 pagi hening ni stress2 sakit hati...haih...
-
-
-
-
-
-
-
-

join GA ...my 1st giveaway - hanya untuk kamu

ohwhhhwhwhwh...tq tasha tag aku untuk GA ni..Mummychacha punya giveaway...terpilih akan dapat frame gambo+teddy dan juga ada hadiah misteri untuk peminat setia..=D
bagus gak ni, ada jugak teman encik teddy dalam kereta nnti..


  1. copy banner dan masukkan ke dalam n3 beserta link ke blog mummy,
  2. jadi follower blog mummy (tiada paksaan)
  3. create 1 n3 ringkas berkenaan GA ni
  4. letak banner ni kat sidebar then link ke blog mummy
  5. tag 2 orang rakan blogger(ala nak tag bnyak2 =D)
aku mau itu teddy..=P

Budaya berBatik

bertemu lagi dalam entri kali ini,.entri kali ini berkisarkan peranan kain batik dan budaya berbatik bukan berbetik dikalangan penduduk2 kepulauan melayu terutamanya kaum hawa..

kain batik adalah satu icon dalam masyarakat melayu..batik merupakan salah satu produk yang boleh menembusi pasaran dunia..batik juga berperanan menjadi alat selain pakaian antaranya, buaian untuk bayi dan juga digunakan sebagai senjata dalam seni silat..

Voucher Voucher Voucher..

bow for voucher..oh yeah..saya suka voucher..tapi jarang pulak dapat voucher tu kan..skarang ni mari rembat voucher...jom2...

ASCII Art Tutorial.

mai2 mari blajo edit2 kedaigambar Adobe(Photoshop)..hari ni kita akan blajo edit2 gambar supaya menjadi seperti diprint oleh komputer dolu kala...untuk pengetahuan anda, komputer berkomunikasi dalam bentuk bit 1 dan bit 0..sebelum ujudnya gambar digital, berkaler dan dalam pixel, komputer mampu membentuk imej seperti ini dalam bentuk number:
okeyh ni moden punya
mari kita mulakan..

2PM Dan Winamp

setelah diracun semalam oleh cik shazana untuk 2Petang 2PM..aku pon terlayan la lagu Aku Akan Kembali I'll Be Back...ouchh..hensem katanya dak petang ni..adekah lelaki melayu yang hensem macam aku telah berkurang kat malaysia ni..atau adekah adekah apakah??.abaikan..

apakenamengena Winamp ni dengan 2PM ni....hah??apa tu winamp??kamonnn takkan tak tau winamp..apa??iTunes??RealPlayer??

Winamp salah satu media player untuk PC(windows) y best, kenapa best?? bnyak skins dan  dan plug-ins y best..Salah satu plugins pilihan ramai. DFX Audio Enhancer. untuk effect bunyi yang lebih POWW pakai headphones..serius best,boleh dengar dengan jelas all instrument y ada dalam lagu..pakai woofer pon best gak..3D sound untuk gegau satu rumah..=P

anti Malaysia..

 pagi2 lagi dah buat panas....aku malas nak berceloteh panjang....korang tgok la sendiri...

Shark yang Mengaum??

watsup...sapa pernah tengok The Adventures of Sharkboy and Larvagirl..watak Sharkboy adalah sorang yang digilai oleh remaja2 perempuan masa kini..sumpah muke budak2...hero kanak2...ahaks~
siapa budak ni sila lah teka...=D

dan......
......
......
inilah hero kanak2 tu...



all grown up....motif dak pompuan suke dy..=_="

ambek la dak lain jadi idola mcm diorang ni ke....morif promote??=D

Hacking Profile Picture Kat Facebook. #2

hi3~ok terus kepada urusan..barang2 yang anda perlukan ialah::
- gambar 2 keping satu printscreen profile FB satu lagi gmbr anda y beresolusi besar.
- slice tool
- marquee tool
- oh ya Adobe Photoshop..takda??get one lah..=D

tak rajin menaip jadi aku tepekkan video kat sini..haha..tak pon pegi seach sendiri kat tuibawak.com

Hacking Profile Picture Kat Facebook.

ahaa..bgun pagi gosok gigi cuci muka teros mandi...teetttt...salah..aku buat..bagon pagi pg bilik air cuci muka tengok lappy..dah tade kerja sangat kan..cuti ni ak 24/7 ngadap laptop.bersepah la projek2 sukasuki y aku buat..ada yang jadi dan ada yang tak..salah satu yang jadi...jeng jeng jeng...

ya Habibi fi Maghribi

hati dah berbulu macam ulat bulu,miang2 keladi+buluh betong..semua dah ada.....tapi apakan daya...hahahaha..MOTIF???...

motifnya sebaik tiba di kediaman toksu  keramat AU2 /14,duduk2 rehat2 sementara tunggu makan tengah hari, dikerusi malas dan membaca paper Hairan Harian Metro bertarikh 12 Disember(nampak sangat tak baca paper).tertarik dengan tajuk muka depan tu..hahaha..jeng jeng jeng..rasa berbulu sambil tersenyum ketika membaca..bak kata chef Gordon Ramsey dalam game Hell's Kitchen.."That is ABSOLUTELY SPOT ON"..kene batang idung..aku rasa mana2 yang baca pasal cover Harian metro tu especially wanita bujang kat Malaysia ni mesti berbulu..

Aware - Golongan Anti Hadith

berblogwalking semalam dan terjumpa satu article mengenai  hukuman rejam di blog Serius..serius sungguh isi kandungannya..after that den baca pulak ruangan komentar2...

berlakulah pertelingkahan jari dan minda dan masing2 cuba membentangkan hujah masing2 dalam ruangan komentar tersebut..

dariapa yang aku dapat perhatikan dan baca golongan anti hadith in cuba mempertikaikan hadith2 soheh y ditulis dan dikumpulkan seperti riwayat Tarmizi dan yang lain2..menolak mentah2 hadith riwayat..hnya berpegang semata2 dengan ayat al-Quran tanpa menghiraukan/mengkaji Hadith..

lebih teruk lagi komentar tersebut hanya menyatakan bahawa pembelajaran beliau hnya melalui internet semata tanpa berguru dengan orang yag sepatutnya..

malas nak ulas panjang2 so boleh baca sendiri komentar tersebut kat blog Serius..beware of this groups/people..dunia akhir zaman..

Super Adorable

argghh..berbaring baring stress slepas berita menggemparkan, result exam dah keluar.tapi tak boleh cek.so while roaming at facebook, i've found someone that posting a youtube vids about a 4 years old kid named Nina..super adorable..bijak pulak tu..speak 2 languages, Japanese and English. nak tengok?? g kat sini


she make me smile

Makhluk Prasejarah

..setibanya penyewa di rumah sewa tercinta, tempat penginapan untuk satu sem yang akan menjelang..beliau meletakkan beg galas, dan beg kitar semula FOS. laptop cabuk dikeluarkan dan meja belajar dibersihkan dari debu2 gatal...penyewa menegur rakan sewa lain yang sibuk dengan kerja Freelancing sambil speaker melayan irama techno Showtek. Charger laptop dipasang dan windows 7 diboot. tunggu...tunggu....tunggu...dalam masa menunggu itu, beliau terlihat makhluk prasejarah yang berjaya survive berjuta tahun lamanya~berlegar-legar di bilik komputer..adekah makhluk ini datang untuk membalas dendam atas kaum kerabat yang mati terkorban sepanjang musim lepas...musim yang lalu, aerosol kelas IV untuk nyamuk 270ml telah digunakan..

makhluk prasejarah ,berlegar legar bilik kebilik.. frust dengan keadaan tersebut, aerosol kelas IV yang kurang berisi dicapai..ditekan dan ditujukan keatas makhluk tersebut. 2 kali semburan berjaya dilepaskan.cecair semburan tidak lagi dapat dilepaskan untuk kali ketiga untuk makhluk yang hina disisi penyewa. masih segar dalam ingatan, pertemuan pertama makhluk ini dengan penyewa, rakan penyewa lain menjerit dan melompat..refleks yang serba-serbi kelakar dilakukan..bahaya sungguh agaknya makhluk ini..2 kali semburan tidak memadai untuk menamatkan riwayat makhluk ini dengan cepat, tapi apakan daya..pengalaman mengajar bahawa 10 kali semburan pon tidak berjaya untuk menamatkan penderitaan makhluk dengan pantas..tunggu dan tunggu..makhluk ini masih lagi berlegar2 diruang bilik komputer tapi tidak selincah sebelom ini kekiri dan kekanan..aerosol nyamuk sedang bertindak keatas jasad makhluk ini..berlegar dan berlegar dan akhirnya makhluk ini tidak lagi kelihatan.mugkin sedang bersembunyi ditempat gelap,

bunyi kertas yang agak membimbangkan rakan penyewa kedengaran. senyum sinis terukir pada wajah penyewa. penderitaan makhluk prasejarah hampir berakhir..

Alergi w X Y Z

Salam..tajuk yang aku biarkan berhabuk sekejap sementara makan tadi..habis lupa isi2 entri yang mahu ditekan2 ke papan kunci Acer Aspire ni gara-gara makan lauk pegedil daging kerbau+ayam gorng kunyit dan main game Heroes Might and Magic 3....oh ya, alergi. kisah alergi, apa yang mahu kuungkapkan disini..lupa lagi..

ini adalah kisah alergi insan w X Y dan Z..insan w seorang lelaki, berumur 3 tahun dan keatas, seorang periang dan bajet lasak. kisahnya bermula ketika dari kecil lagi. maklumlah kanak kanak, perlu diajar dipantau bukan disantau dan diasuh dari kecik supaya tidak memakan kacang parang. apa yang akan terjadi jika tersalah makan, eden pon tak tau...=P

mungkin kanak2 comel ini akan mengalami masalah perafasan, seperti kebanyakan kes alergi kacang.

Kisah 3 orang cik adik X, Y dan Z tak bnyak larinya. tak susah aku mengejar dan mudah dikesan. semuanya alergi kepada makanan harian berbentuk protien, seperti daging, ayam, ikan dan terutamanya UDANG. kisah X ini adalah yang paling terok rasanya. Pada satu hari, beliau ingin memakan udang dan hasilnya kulit kemerah-merahan untuk beberapa minggu, ayam, ikan dan juga cheesy wedges turut memberi kesan mendalam. kesian. malahan air y mengandungi bahan aktif dari udang turut memberi impak maksima..calamine cream/camomile cream(yang mana satu) amat2 lah diperlukan..kawasan yang kotor dan berdebu juga turun menarik perhatian kulit beliau untuk menjadi merah..gen ini diturunkan dari ibu beliau yang turut mengalami masalah yang sama.

Cik adik Y (adik??=P)..mengalami masalah yang sama dengan udang..cik adik ni akan bermutasi dan bibir beliau akan berubah saling tak tumpah dengan bibir Angelina Jolie. gara gara makanan kegemaran beliau iaitu tomyam ayam. FYI, setiap kali beliau memesan semangkuk tomyam ayam tanpa udang, dan dan jugak lah masalah beliau akan bermula..tomyam yang sampai dimeja makan mmg tanpa udang tetapi sup tomyam itu sendiri mengandungi bahan-bahan radiasi udang. efek akan bermula pada bibir dan seterusnya tak sanggup nak tanya tuan punya badan.kesiannya..=)

cik adik Z(ini baru betol adik..=P)..muda comei lote orangnya..cantik...tapi turut mngalami masalah yang sama. ditambah pula resdung. udang memang menjadi arch enemy kepada pesakit2 resdung macam aku juga. yang aku peliknya keropok udang aku makan steady ja. berbalik kepada cik adik Z. kalau dah resdung tu, makan pulak udang, semestinya hidung gatal. ditambah pula dengan kulit merah2, kalau hidung dah gatal, tisu/sapu tangan la menjadi teman....aku yang kene resdung ni pon tak tahan kalau selesema+hidung gatal..penderitaan beliau sangat2 aku pahami..dipressi selesema dan juga alergi..ber++ kesian =)


letih berceloteh pasal alergic ni..celoteh berhenti..keradangan hidung akan bermula sebentar lagi~sekian

Spam Ayah

salam...ayahku menjadi spammer menggunakan handphone..hati2 anda mungkin tertipu...mentang2 lah nombor dan handphone ayahku diambil orang, tup2 datang pulak SMS dari no +6285298761635 minta topup 50RM..cakap pula ada masalah kat balai polis.....hati2 guys..

"Ini ayah Tolong bagi topped up 50RM ke numbor baru ayah 0128115902 ayah ada mslah di balai police.ta payah call sekejap ayah call blik."
 ni la SMS dari ayah "baruku"...watchout~baca sms tu betol2 okeyh..

Gila

salam...gila..memang gila..dengan ulcernya..dengan cutinya...dengan bangon dan mandi lambatnya.. semuanya gila..hanphone pon dah menggila..kali ni service provider pon nak ikot gila juga..walaubagaimanapon ini salah satu dari benda yang aku suka..

walaupun gila, ini adalah satu kelebihan yang tak patut dilepaskan oleh semua pihak. masa  untuk menggila dengan daily broadband yang menggila kerana walaupun sudah tamat tempoh 24 jam, akses ke talian internet masih dapat diteruskan..dengan bandwidth yang tanpa had..

takpelahkan harini hari mesra pelanggan agaknya..

lihat pada arrow dan bandingkan

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

baru lepas berblogwalking dan tertarik dengan entri ni dari blog FamilyMoza...ada give away dari seorang blogger bergelar Mama Kembar 3....kacak sungguh triplet mama ni(mode jeles)..aku nak jugak anak kembar...sempena ulang tahun perkahwinan dia y ke 6 dia nak buat giveaway...giveaway y pretty awesome untuk rakan2..."choice" gitu =D..aku nak join walaupon tak di tag(tak malu)..=P
best jugak blog mama kembar 3 ni...adorable ja..

ini benner dia

Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: 
Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! 

3. Jadi follower blog "
Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.

7. Hadiah berupa barangan 
Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8.  Tarikh tutup: 
6 Januari 2011

hadiah :
 1st - Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel
 2nd - Island Waters Body Mist + Telekung Travel
 3rd -  Telekung Travel.

choice.....Victoria's Secret dan telekung travel, barangan untuk wanita yer...motiflah aku join...kalaulah aku y terpilih, kat siapalah aku nak pass GA ni...nak pakai, aku bukannya "bengkok"...~tak per,join gak..mane tau kalau dapat leh masukkan dalam salah satu antara 5 dulang masa nak bertunang/bersanding..persiapan awal katanya..tah bila la agaknya tu~..XD

nak ker korang?...meh2 aku tag..katanya sekurang2nya 3 org..=D

Random facts.

di tag oleh cik Fatin untuk membuat entri pasal 25 random fact about myself....takda topik dahkan..ok..mari mula..

R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

1- MSS = Mohd Syukri Sadri..haha..my fren call me kat FB mcm ni..mule tak faham..maklumla processor Intel i7 tapi OS masih lagi XP..whahaha..

2- ad lebih 6000 lagu dalam lappy...ahah...bnyak kan..ak tak terdengar langsung..lagu y ak minat pon kadang2 tak terdengar..rock,metal,ballad,pop,nasyid,k-pop,hindustan, you name it..

3- pemegang lesen memandu kelas B2,dan D....perlu ke aku bagitau..haha

4- boleh dikatekan my first car jugak la..perdana v6 tu...nak jual dah...

5- encik teddy, its mine..actually someone gave me that..haha
that brown, it mine,the white one is for muhaimeen..

6- rumah ku kat ......... bnyak pokok orked..kri kanan depan orked..

7- BSc of Intelligent System student..

8- Missing Melacca..melaka ni mcm kampung halaman kedua..hah

9- ap lagi ek...jap2 pikir
-
-

Naik Lagi..

naik naik naik...rokok naik harga lagi...rasanya dah lama kerajaan tak naikkan harga rokok...selamat merokok yer para-para perokok tegar y masih belajar..selamat menghabiskan duit dengan membeli rokok sahaja...selamat menggunakan duit parents untuk merokok...selamat bersorok-sorok dengan parents untuk merokok...pelik pakai duit makbapak bagi beli rokok tapi sorok-sorok...respect diorang yer bang..

pernah satu ketika dulu member cerita la
 "agaknya kalau rokok sekotak RM30 sanggup tak beli??"
dan jawapannya
 "sanggup, kalau RM100 sekotak pon aku beli"
agak-agaknya student ni kalau sampai tahap macam ni dah mmg terok bebenor...dulu time sekolah menengah dok kat hostel pon ada yang sanggup bersubahat mencuri sebab upah rokok. yang jadi mangsanya aku dan beberapa rakan lain..haih..dunia..aku cukup suka kalau rokok naik harga ni..berenti2 lah yer rakan2 y merokok tu terutama student..

paling tak paham nya perempuan pon ada..tak boleh blah bila perempuan bersembang pasal rokok brand apa yang best..alahai..tak sesuai nak kome besembang pasal rokok..pegi balik basuh kain ka, lipat baju ka, memasak ka, kemas rumah ka, bincang pasal cerita bersiri korea ka..ni bincang pasal rokok..alahai..so cheap~

menyak oh menyak..menyak ap??menyak dagu??menyak masak??menyak lintah?? minyak kereta la...ron97 naik harga lagi, rasenya baru beberapa minggu lepas naik..naik lagi harga..takpelah kot..pengguna pengguna kereta Sport macam Lambo, Fellali, Maselati, Aston martin makin meningkat kat Malaysia ni, aku masih tertunggu-tunggu ad tak yang dah pakai Bugati....=D